Ini 29 Feature Penuh Apple Umum dalam WWDC26 semalam 👇🏻
𝟭. 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗔𝗜 & 𝗔𝗽𝗽𝗹𝗲 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗹𝗹𝗶𝗴𝗲𝗻𝗰𝗲 (𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗲𝘀𝗮𝗿!)
→ Apple bina semula Siri dari zero, combine dengan Google (guna Gemini models) untuk hasilkan Apple Foundation models.
→ Personal Context & On-screen Awareness: Siri sekarang faham info dalam phone anda dan aware apa yang ada dekat screen masa tu.
→ Dedicated Siri App: Ada app khas untuk Siri yang akan sync conversation history melalui iCloud across semua device Apple anda.
→ Customization: Boleh adjust suara Siri, kelajuan, intonasi, dan accent.
→ Write with Siri: Boleh tolong edit grammar dan style penulisan di mana-mana app (berfungsi macam Grammarly).
Nota: Ciri AI ni agak berat, jadi ia cuma support hardware terkini (Mac M3+, iPad M4+, iPhone 17 & Air).
𝟮. 𝗣𝗲𝗿𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 & 𝗨𝗜 (𝗶𝗢𝗦 𝟮𝟳 & 𝗺𝗮𝗰𝗢𝗦 𝗚𝗼𝗹𝗱𝗲𝗻𝗚𝗮𝘁𝗲)
→ Liquid Glass Slider: Ada slider universal baru untuk adjust transparency UI dari ultra-clear ke fully tinted.
→ Speed Boost: App launch 30% lagi cepat, photos load 70% lagi laju, dan transfer AirDrop 80% lagi pantas.
→ Support Device Lama: Menariknya, iOS 27 masih support backward compatibility sampai iPhone 11.
𝟯. 𝗣𝗵𝗼𝘁𝗼𝘀 & 𝗜𝗺𝗮𝗴𝗲 𝗣𝗹𝗮𝘆𝗴𝗿𝗼𝘂𝗻𝗱
→ Cleanup Tool: Nak remove photobomber atau distractions dalam gambar sekarang jauh lebih kemas dan realistic.
→ Extend & Spatial Reframing: Boleh besarkan aspect ratio gambar dan ubah perspective/angle walaupun lepas gambar ditangkap. AI akan generate dan isi ruang kosong tu.
→ Image Playground: Boleh generate high-quality images dan Genmoji.
→ iCloud Shared Albums: Member pakai Android dan Windows dah boleh join dan upload gambar secara full resolution.
𝟰. 𝗦𝗮𝗳𝗮𝗿𝗶 𝗨𝗽𝗱𝗮𝘁𝗲𝘀
→ AI Tab Organization: Safari akan analyze dan group tabs anda ikut topik secara automatik.
→ Notify Me: Boleh suruh Safari monitor perubahan di website (contoh: pantau status restock barang) dan hantar notification.
→ Generate Extensions: Boleh guna natural language suruh AI create custom extension khas untuk workflow harian anda.
𝟱. 𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁 & 𝗦𝗮𝗳𝗲𝘁𝘆 (𝗦𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻 𝗧𝗶𝗺𝗲)
→ Ask to Browse & Buy: Kawalan parental yang require approval untuk website tertentu, free apps, dan in-app purchases.
→ Content Warning: Boleh detect visual berbentuk violence dalam Messages, bukan sekadar isu kelucahan.
→ Scheduled Apps & Time Allowances: Boleh set schedule untuk app tertentu (contoh: benarkan social media waktu malam je) dan hadkan time limit ikut kategori.
𝟲. 𝗦𝗵𝗼𝗿𝘁𝗰𝘂𝘁𝘀 & 𝗔𝗽𝗽𝗹𝗲 𝗛𝗼𝗺𝗲
→ AI Shortcut Builder: Taip je apa anda nak (Cth: "When I leave work, message my partner my ETA"), AI akan create semua steps dan build shortcut tu.
→ Smart Home Notifications: AI akan summarize semua notification CCTV / pintu jadi satu ayat ringkas (Cth: "Wife dah keluar rumah dan parcel dah sampai").
→ Natural Language Video Search: Boleh cari klip recording CCTV guna ayat biasa (Cth: "Bila UPS driver hantar parcel?").
𝟳. 𝗣𝗮𝘀𝘀𝘄𝗼𝗿𝗱𝘀 𝗔𝗽𝗽 (𝗔𝗴𝗲𝗻𝘁𝗶𝗰 𝗔𝗜)
→ Agentic Fix: Kalau ada password anda yang compromised, AI boleh bertindak sebagai ejen untuk pergi ke website tu dan tukarkan password secara automatik di belakang tabir. Anda cuma tekan "Fix now" je.
𝟴. 𝗠𝗲𝘀𝘀𝗮𝗴𝗲𝘀, 𝗖𝗮𝗹𝗲𝗻𝗱𝗮𝗿 & 𝗣𝗵𝗼𝗻𝗲 𝗖𝗮𝗹𝗹 𝗖𝗼𝗻𝘁𝗲𝘅𝘁
→ Call Context: Kalau tengah call airline nak tukar tiket, phone app automatik tarik confirmation code dari email dan paparkan kat skrin supaya senang nak rujuk.
→ Smart Calendar & Messages: AI faham konteks chat anda dan boleh terus suggest untuk buat Reminder atau masukkan event dalam Calendar.
𝟵. 𝗖𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮 𝗔𝗽𝗽 & 𝗩𝗶𝘀𝗶𝗼𝗻𝗢𝗦 𝟮𝟳
→ Visual Intelligence: Ada butang mod Siri dalam kamera. Tunjuk pada objek, Siri boleh bagi info terperinci atau ambil next action pasal objek tu.
→ VisionOS Panorama: Boleh tukar gambar panorama biasa jadi spatial scene 3D yang immersive.
𝟭𝟬. 𝗟𝗮𝗶𝗻-𝗹𝗮𝗶𝗻 (𝗛𝗶𝗱𝗱𝗲𝗻 𝗙𝗲𝗮𝘁𝘂𝗿𝗲𝘀)
→ AirPods: Sokongan Custom EQ untuk personal preference.
→ Apple Wallet: Boleh create custom passes sendiri (contoh: masuk QR code untuk gym membership atau kad loyalty).
→ Dual iPhones: Boleh switch antara dua device iPhone yang menggunakan nombor telefon yang sama.
→ Health App: Boleh pantau simptom perimenopause & menopause.
𝗧𝗶𝗺𝗲𝗹𝗶𝗻𝗲 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗮𝗿𝗮𝗻 (𝗥𝗲𝗹𝗲𝗮𝘀𝗲 𝗗𝗮𝘁𝗲𝘀)
→ Developer Beta: Available bermula hari ini (khas untuk developer yang nak test sistem).
→ Public Beta: Akan dibuka pada bulan depan (untuk public yang nak cuba early version).
→ Public Release (Official): Akan release secara rasmi kepada semua pengguna pada musim luruh (Fall) tahun ini (kebiasaannya bermula sekitar September).
𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗽𝗽𝗹𝗲 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗹𝗹𝗶𝗴𝗲𝗻𝗰𝗲 & 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗔𝗜
→ Walaupun sistem operasi baru akan keluar sekitar bulan September, ciri AI ada sedikit pengecualian:
→ Sistem Waitlist: Walaupun anda install versi beta sekarang, fungsi Apple Intelligence mempunyai sistem waitlist (senarai menunggu). Anda tak dapat guna serta-merta.
→ Sokongan Bahasa: Buat permulaan pelancaran pada hujung tahun ini, Siri AI hanya menyokong English. Apple akan tambah sokongan bahasa lain kemudian.

