← Blog  /  AI
AI

ChatGPT + Codex Akan Jadi Satu SuperApp — Ini Waktu Terbaik Anda Start Belajar Layan AI Sebagai "Pekerja"

ChatGPT + Codex Akan Jadi Satu SuperApp — Ini Waktu Terbaik Anda Start Belajar Layan AI Sebagai "Pekerja"

Stop guna ChatGPT macam "tempat tanya soalan". Anda patut layan AI sebagai 'pekerja', bukan lagi sekadar penasihat.

Minggu lepas, OpenAI buat pengumuman yang bakal ubah cara semua pengguna ChatGPT bekerja lepas ni. Dalam masa beberapa minggu / bulan lagi, ChatGPT dan Codex akan start merge menjadi satu unified SuperApp yang fully integrated.

For context, Codex adalah platform AI Agents yang sekarang ini diasingkan jadi platform berbeza. Ramai pengguna ChatGPT tak sedar pun kewujudan Codex ni. Cuba tengok ChatGPT anda, di sidebar kiri ada word "Codex". So bila both merge, kuasa AI Agent untuk buat kerja teknikal dan kompleks kini dah ada dalam satu platform yang sama.

Benda ni Claude dah buat bila dia gabungkan Claude Chat, Claude Cowork dan Claude Code dalam 1 apps sekarang. Itupun tak fully integrated lagi sebab dia cuma asingkan tab tapi tak boleh cross chat.

Apa impak kepada anda? Sebagai pengguna ChatGPT, dah kena mula biasakan diri dan ubah cara bekerja dengan AI. Kita dah tak boleh guna AI macam sekadar "Chatbot" tempat bertanya soalan. Kita dah masuk era AI Agents yang AI akan bantu siapkan terus apa outcome anda nak.

Anda kena start tukar cara beri arahan: Dari 𝘛𝘢𝘴𝘬-𝘉𝘢𝘴𝘦𝘥 𝘗𝘳𝘰𝘮𝘱𝘵 kepada → 𝘖𝘶𝘵𝘤𝘰𝘮𝘦-𝘉𝘢𝘴𝘦𝘥 𝘗𝘳𝘰𝘮𝘱𝘵. Apa beza dua cara ni? Jom saya tunjuk satu contoh senario kalau anda nak uruskan kempen FB Ads.

❌ Cara Lama: Task-Based Prompt (Fokus pada Langkah/Tugasan) 👉 Contoh Prompt: "𝘉𝘦𝘳𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢 𝘍𝘉 𝘈𝘥𝘴 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘱𝘭𝘰𝘢𝘥 𝘯𝘪, 𝘵𝘰𝘭𝘰𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘯𝘢𝘬 𝘬𝘦𝘯𝘢𝘭 𝘱𝘢𝘴𝘵𝘪 𝘪𝘬𝘭𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘢𝘶𝘥𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭. 𝘓𝘦𝘱𝘢𝘴 𝘵𝘶, 𝘣𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘪𝘥𝘦𝘢 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘮𝘱𝘦𝘯 𝘪𝘬𝘭𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘶, 𝘤𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵 𝘫𝘢𝘥𝘶𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘵𝘪𝘱𝘴 𝘤𝘰𝘱𝘺𝘸𝘳𝘪𝘵𝘪𝘯𝘨, 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 10 𝘪𝘥𝘦𝘢 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘣𝘶𝘢𝘵."

→ Hasilnya: AI akan balas dengan jawapan teks yang berjela-jela. Dia akan ajar teori cara nak analisis data, bagi poin-poin idea kempen, dan senaraikan teks cadangan. bla, blaa, blaaa.

End up, anda sendiri yang kena buka FB Ads Manager untuk kaji balik metrik, taip copywriting di Google Docs, buka Canva untuk design kesemua 10 poster tu secara manual, dan save sendiri ke dalam laptop. AI cuma jadi "penasihat", bukan buat kerja.

✅ Cara Baru: Outcome-Based Prompt (Fokus pada Hasil Akhir/Outcome) 👉 Contoh Prompt: "𝘊𝘰𝘯𝘯𝘦𝘤𝘵 𝘵𝘰 𝘮𝘺 𝘔𝘦𝘵𝘢𝘈𝘥𝘴, 𝘈𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘦 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬 𝘥𝘢𝘵𝘢 𝘢𝘥𝘴 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘱𝘢𝘯𝘫𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘪𝘯𝘨𝘨𝘶 𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘪𝘴 𝘢𝘶𝘥𝘪𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘪𝘬𝘭𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮. 𝘉𝘦𝘳𝘥𝘢𝘴𝘢𝘳𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘵𝘢 𝘵𝘶, 𝘤𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨𝘬𝘢𝘯 𝘢𝘯𝘨𝘭𝘦 𝘪𝘬𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘢𝘳𝘶. 𝘛𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘤𝘳𝘦𝘢𝘵𝘦 𝘢𝘥𝘴 𝘵𝘶 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘈𝘥𝘴 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘳. 𝘒𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯, 𝘴𝘦𝘥𝘪𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘫𝘢𝘥𝘶𝘢𝘭 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘤𝘰𝘱𝘺𝘸𝘳𝘪𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘥𝘢𝘯 𝘨𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘵𝘦 10 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘪. 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘦𝘹𝘵: 𝘗𝘢𝘳𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘥𝘪𝘢 / 𝘢𝘥𝘴 𝘤𝘳𝘦𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘵𝘶 𝘢𝘬𝘶 𝘯𝘢𝘬 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘯𝘢𝘬 𝘤𝘩𝘦𝘤𝘬 𝘥𝘶𝘭𝘶 𝘣𝘦𝘧𝘰𝘳𝘦 𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘴𝘩. 𝘓𝘢𝘴𝘵 𝘴𝘦𝘬𝘢𝘭𝘪, 𝘴𝘢𝘷𝘦 𝘫𝘢𝘥𝘶𝘢𝘭 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘱𝘰𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘵𝘶 𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴 𝘬𝘦 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘧𝘰𝘭𝘥𝘦𝘳 '𝘒𝘦𝘮𝘱𝘦𝘯 𝘈𝘥𝘴 𝘉𝘢𝘳𝘶' 𝘥𝘪 𝘭𝘢𝘱𝘵𝘰𝘱 𝘴𝘢𝘺𝘢."

→ Hasilnya: AI Agent tak banyak bunyik, dia terus buat kerja. Dia sendiri yang akan tarik dan proses data FB Ads anda guna Connectors, kaji, create ads, create audience, buat copywriting penuh, jana 10 gambar poster, dan secara automatik simpan semua fail yang dah siap tu terus ke dalam folder di laptop anda. Anda cuma tinggal buka folder, review, dan terus launch kempen. Benda yang dulu ambil masa 1-2 hari kerja manual, sekarang siap dalam masa 5-10 minit.

Ringkasnya, dulu, kita guna AI untuk ajar kita macam mana nak buat kerja. Sekarang, kita guna AI Agent untuk buatkan kerja tu terus sampai siap.

For now, anda boleh gunakan Codex untuk buat kerja multi-task ni. Subscription ChatGPT dah included sekali dengan Codex usage.

Persoalannya, adakah anda dah bersedia nak jadi 'Pengurus' kepada AI Agent anda sendiri? Atau nak terus buat kerja copy-paste secara manual?

Kongsi: 𝕏fin
HH
Hazril Hafiz
Penulis di LearnAI.my — berkongsi panduan AI praktikal untuk pekerja & usahawan Malaysia.