Saya tak ada background IT atau teknikal — boleh ikut ke?−
Boleh. Modul pemula kami direka khas untuk yang start dari sifar — anda boleh sertai walaupun langsung tak tahu pasal coding atau AI. Fokus kami ialah guna AI untuk kerja & bisnes harian, bukan untuk jadi programmer.
Kelas ni dalam bahasa apa?+
Pengajaran dalam Bahasa Melayu, dengan istilah teknikal dikekalkan dalam Bahasa Inggeris supaya senang anda cari & rujuk.
Kelas ni live atau rakaman?+
Rakaman. Tonton ikut masa anda sendiri dan ulang seberapa banyak kali yang anda nak — bila-bila masa, di mana-mana.
Berapa lama saya boleh akses selepas beli?+
Kelas tunggal: akses seumur hidup. Pass All-Access: akses 1 tahun ke SEMUA kelas — dan anda juga dapat setiap kelas baru yang ditambah setiap bulan sepanjang tahun tersebut.
Apa beza All-Access dengan beli satu kelas?+
Beli kelas tunggal kalau anda nak satu topik sahaja (akses seumur hidup). Pilih All-Access kalau nak semua — 14+ kelas terbuka untuk 1 tahun, termasuk kelas baru setiap bulan. Paling berbaloi kalau anda rancang nak belajar lebih daripada satu topik.
Boleh tonton di telefon?+
Boleh. Semua berjalan dalam browser, jadi anda boleh belajar guna telefon, tablet atau laptop — bila-bila masa.
Pembayaran selamat tak? Cara apa boleh guna?+
Selamat. Bayaran diproses melalui Chip — FPX online banking, e-wallet atau kad. Kami tidak menyimpan maklumat kad anda.
Lepas bayar, terus dapat akses?+
Ya. Akses terbuka serta-merta selepas bayaran, dan emel pengesahan dihantar kepada anda.
Saya ada kod voucher — macam mana nak guna?+
Log masuk ke akaun anda, kemudian redeem kod di Dashboard. Akses terus terbuka.
Ada kelas percuma tak?+
Ada — kami sediakan beberapa modul percuma untuk anda mula. Anda juga boleh redeem kod voucher semasa kempen promosi.
Kalau saya tak puas hati, boleh refund?+
Boleh. Kami tawarkan jaminan bayaran balik 7 hari: mohon refund penuh dalam tempoh 7 hari dari tarikh beli, selagi anda telah akses kurang daripada 25% kandungan kelas. Emel support@learnai.my dengan butiran pesanan anda. (Voucher & akses percuma tidak layak.)
Saya tersangkut masa belajar — boleh dapat bantuan?+
Boleh. Hubungi kami bila-bila masa di support@learnai.my dan kami akan tolong anda.