Ini kesilapan terbesar ramai orang bila guna model berkuasa tinggi macam Fable 5. Hakikatnya, anda tengah rugi besar. Jika anda guna Fable 5 untuk execute semua benda, kosnya ibarat mengupah CEO bergaji ratusan ribu ringgit untuk buat kerja-kerja data entry.
Hari ini saya nak dedahkan strategi rahsia terus dari meja Claude Dev team. Ini cara sebenar macam mana developer dan pakar AI guna Fable 5 untuk dapatkan kualiti kerja tahap 'dewa', tapi bayar dengan kos API yang jauh lebih murah.
Konsepnya mudah: Bila guna Fable 5, kita nak guna "otak" dia, bukan "tangan" dia. Kalau suruh dia guna tangan, dia caj lebih!
Jom saya kongsikan 3 cara bijak untuk 'kerjakan' Fable 5:
1. Guna Fable 5 sebagai Advisor (Pakar Rujuk)
Cara pertama, kita pasangkan model yang laju dan murah (Sonnet 5) sebagai Executor, dan Fable 5 sebagai Advisor.
Dalam kaedah ini, Executor (Sonnet 5) yang pegang stereng dan sentiasa run every turn dalam main loop. Fable 5 pula hanya duduk diam-diam di belakang tabir dan dipanggil secara on-demand (seperti sebuah tool).
Bila Sonnet tengah buat kerja dan perlukan strategic guidance, pelan baru, atau tiba-tiba stuck dengan ralat (error), Sonnet akan "ketuk pintu" Fable. Fable akan baca semua sejarah perbualan, kaji masalah, dan berikan nasihat penyelesaian. Selepas itu, Sonnet akan ambil nasihat tersebut dan teruskan kerja. Fable tak tulis kod, dia cuma tunjuk jalan.
💡 Use Case: Membina Aplikasi atau Sistem Kompleks
Anda sedang bina web app. Anda tugaskan Sonnet 5 untuk tulis kod dari satu fail ke satu fail. Bila Sonnet buntu tentang architecture design atau bug yang tak dapat diselesaikan, Sonnet akan hantar prompt kepada Fable untuk minta nasihat, dan Sonnet akan baiki kod tersebut berdasarkan arahan Fable.
📝 Contoh Prompt (Untuk System Prompt Executor - Sonnet 5):
"Anda adalah Executor yang mahir menulis kod aplikasi. Tugas anda adalah menyiapkan sistem ini langkah demi langkah. Anda mempunyai akses kepada alat (tool) advisor yang dikuasakan oleh pakar seni bina perisian (Fable 5).
AMARAN: Jangan panggil Advisor untuk tugas menaip biasa. Panggil Advisor HANYA apabila: 1. Anda buntu dengan ralat berulang. 2. Anda perlukan perancangan struktur sebelum memulakan fasa baru yang besar. 3. Anda perlukan pengesahan logik (second opinion) sebelum membuat perubahan kritikal."

2. Guna Fable 5 sebagai Orchestrator (Tukang Susun)
Ini cara yang paling banyak saya gunakan. Fable bertindak sebagai "Manager" utama di main loop.
Tugas Fable 5 di sini HANYA untuk berfikir. Dia akan buat perancangan, susun strategi, dan pecahkan satu tugas yang gergasi kepada bahagian-bahagian kecil (fan out). Kemudian, tugas-tugas kecil ini akan di-delegate kepada barisan sub-agent atau pekerja (menggunakan Sonnet 5 atau Haiku) yang akan siapkan kerja tersebut dalam worker loop masing-masing.
Jadi, token yang Fable gunakan sangat sedikit. Kos tugasan berat (heavy lifting) seperti menulis laporan berpuluh muka surat semuanya ditanggung oleh Sonnet pada kadar yang jauh lebih murah.
💡 Use Case: Market Research & Penghasilan Blueprint Bisnes
Katakanlah anda nak buat satu kertas kerja kajian pasaran tentang potensi eksport kambing perap ke pasaran Indonesia. Anda serahkan objektif ini kepada Fable 5. Fable akan pecahkan tugasan: Ejen 1 (Sonnet) kaji pesaing tempatan di Indonesia, Ejen 2 (Sonnet) kaji struktur harga dan logistik, dan Ejen 3 (Sonnet) tulis ringkasan eksekutif. Fable hanya pantau dan satukan hasil kerja mereka.
📝 Contoh Prompt (Untuk Fable 5 sebagai Orchestrator):
"Anda adalah Pengurus Projek Strategik (Orchestrator). Objektif utama kita: Menghasilkan kertas kerja 15 muka surat untuk perancangan pasaran baru. Jangan tulis isi kandungan tersebut.
Tugas anda: 1. Analisis objektif ini dan rangka satu pelan kerja berstruktur. 2. Pecahkan tugasan ini kepada 4 fasa berbeza. 3. Sediakan set arahan (instruction set) yang sangat terperinci bagi setiap fasa supaya saya boleh 'delegate' arahan ini kepada ejen pekerja (Sonnet 5) untuk dilaksanakan. Fokus pada pembahagian kerja, bukan pelaksanaan."
Kesimpulan
Zaman sekarang, model AI dah makin bijak, tapi kita sebagai pengguna (dan developer) kena lebih bijak menguruskan logik penggunaannya. Jangan bazirkan 'otak' kelas pertama untuk kerja-kerja buruh kasar. Guna Fable 5 untuk berfikir, merancang, dan menyelia. Serahkan kerja pelaksanaan kepada Sonnet.
Barulah poket tak koyak, tapi hasil kerja kekal Tiptop!
Dapat idea dari artikel ni? Kalau anda rasa bermanfaat, share post ni supaya lebih ramai orang tahu cara sebenar 'hack' penggunaan AI tanpa perlu bayar kos yang mahal.


