Pada 24 Jun, Anthropic baru umumkan satu feature baru dalam ecosystem Claude untuk team workflow: Claude Tag.
Secara mudahnya, Claude sekarang boleh join channel Slack dan jadi part of the team. Anda boleh bagi dia akses ke tools, data, atau codebase company.
Lepas tu, sesiapa saja boleh tag @Claude dalam group tu untuk delegate kerja terus pada dia. Cara mudah nak faham, macam MetaAI dalam WhatsApp tu.
Pakat discuss, lepas tu suruh Claude run. Dia macam guna Claude Code, tapi suruh beramai-ramai. Menekan-nekan.
Ada 3 feature utama yang Claude Tag boleh buat:
1) Multiplayer — Dalam satu channel, hanya ada satu Claude. Kalau team anda minta dia buat sesuatu, anda boleh nampak progress dan terus sambung discussion dari situ.
2) Learns over time — Claude sentiasa "baca" perbualan channel untuk kumpul konteks. Jadi, tak perlu lagi nak explain dari A to Z setiap kali bagi arahan. Dia dah sedia faham flow projek dalam channel.
3) Takes initiative — Kalau aktifkan ambient behavior, Claude takkan tunggu arahan secara pasif. Dia proaktif update info penting atau tolong flag isu yang relevan dalam channel tu.
Macam mana nak apply untuk bisnes atau kerja seharian? Ini 3 contoh use-case:
Case 1 — Data Analysis (Team Marketing): Tag @Claude dalam channel: "Tolong extract data sales minggu lepas, buat summary pendek, dan cari punca kenapa ada drop pada hari Rabu." Dia akan kaji dan reply terus berserta rumusan.
Case 2 — Support Triage (Team Operasi/CS): Banyak aduan masuk serentak? Tag @Claude: "Tolong baca semua tiket aduan pagi ni, asingkan isu kritikal, dan draft siap-siap jawapan asas untuk customer."
Case 3 — Bug Fixing (Team Tech): Sistem crash? Developer boleh tag @Claude: "Semak error log terkini, cari root cause, dan cadangkan kod untuk fix isu tu." (Di Anthropic sendiri, 65% kod produk mereka dihasilkan guna cara ni.)
Buat masa ni, ia available dalam versi Beta untuk pengguna pelan Claude Enterprise dan Team, dan hanya di Slack. More platform coming.
Tapi rasanya di Malaysia kurang orang akan guna — sebab kita jarang pakai Slack. Kalau ia enable dalam WhatsApp Group mungkin ya. Tapi saya tak rasa Meta akan allow; conflict of interest dengan MetaAI.
Semoga bermanfaat 🤝


